Apakah Tujuan Diadakan Pakej HakJualan.com ini?

Tujuan utama pakej HakJualan.com disediakan ialah untuk membantu usahawan internet yang baru berjinak jinak dalam internet biznes. Mereka yang mempunyai keinginan, kemahuan untuk memulakan perniagaan secara online, seringkali terkandas di peringkat permulaan.

Banyak sebab dan alasan diberikan untuk melengahkan pembinaan empayar online biznes mereka. Pakej HakJualan.com dikhaskan sebagai jawapan kepada mereka.

Antaranya.

1) Saya tidak mempunyai PRODUK untuk dipasarkan

Alasan utama ramai orang nyatakan ialah mereka tidak ada produk untuk dipasarkan. Kami memahami keadaan anda dan sebab itulah kami memberi anda lesen untuk menjual produk produk yang anda beli dari HakJualan.com

Untuk menceburi di dalam apa apa kerjaya pun anda harus memulakan dengan sesuatu. Di dalam arena pemasaran internet, apa yang saya sarankan ialah dapatkan domain name dan server anda yang tersendiri dan pasarkan produk yang anda miliki dari sini, HakJualan.com.

 

2) Saya tidak mempunyai MASA untuk membina online biznes yang berjaya

Alasan kedua, ramai orang gunakan untuk melengahkan pembinaan internet biznes mereka.

Namun jika kita fikirkan betul betul, semua orang di muka bumi ini dijalankan dengan jam loceng yang sama. Semua orang dari yang ternama seperti Bill Gates, Irfan Khairi, ShaifulSham, Fione Tan, Senze, Richard Quek, ke usahawan internet yang belum berjaya, semuanya hanya mempunyai 24 jam sahaja.

Jadi yang penting di sini adalah pembahagian masa anda. Kebolehan anda untuk mengurus kerja harian anda. Itulah yang lebih penting.

Dengan HakJualan.com, anda tidak akan mempunyai alasan lagi untuk menyatakan anda tidak ada masa untuk internet bzines anda KERANA

kami bukan sahaja memberi anda produk yang anda boleh gunakan dan menjualnya. Kami juga memberi anda surat jualan (killer sales letter) untuk anda pasarkan produk yang anda baru miliki. Jadi kerja anda mudah sahaja.

Cuma beli nama domain yang sesuai, web server untuk menempatkan surat jualan anda, dan terus upload. Kemudian promosikan site anda itu, dan buat duit.

Ia begitu mudah sekali dan tidak akan mengambil anda banyak masa.

3) Dah ada terlalu banyak website online. Dah Tak Boleh Buat Duit Lagi

Alasan ini tidak kukuh sama sekali. Ramai ushawan internet yang baru berkecimpung dalam arena internet menyatakan demikian.

Namun jika kita menganalisa betul betul,pasaran offline, kita akan dapati lebih banyak konventional biznes yang telah diterokai orang ramai.

Kedai Makanan? Dah banyak dah...TAPI masih ramai orang ingin membukanya.

Kedai Baju? Pun dah banyak.

Nyatakan apa sahaja keperluan yang anda mahu. Semuanya sudah sedia ada.

Jadi mengapa masih ada orang jual ?

Kerana ada permintaan.

Apa yang anda perlu lakukan pada setiap biznes ialah dengan mencari USP (Unique Selling Proposition), kelainan untuk memajukan biznes anda.

Bagi perniagaan internet, anda boleh menggunakan software, ebook kami, seumpanya untuk meletakkan suara anda secara online untuk meningkatkan kadar konversi anda, buat video manual, dan bermacam macam lagi.

DAN lagi satu, pasaran orang Melayu kita masih baru lagi. Masih hangat. Jadi, janganla anda lepaskan peluang untuk menjadi pioneer, mentadbir pasaran orang Melayu di Internet

Jadi Apa ynag anda tunggukan lagi. Dapatkan Pakej HakJualan.com sekarang juga.

 



Adakah senarai ini dapat membantu anda?

Jikalau anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab di senarai di atas, hubungi perkhidmatan bantuan kami. E-mail kami di...

info@hakjualan.com

atau, hantarkan pesanan SMS kepada

+65 81475700

atau,add saya di msn

helmi@ikhlas.com

Kami akan menjawab soalan anda dalam masa 24 jam. Perkhidmatan bantuan e-mail dan SMS hanya untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan pakej HakJualan.com sahaja.